Syukur itu Nikmat

Daniel, berusia awal 20 an datang dari keluarga sederhana, tidak terlalu mewah namun tidak juga terlalu susah. Hidup Daniel boleh dikatakan sempurna, cukup pakaian, cukup makan minum dan tempat tidur. Selama hidupnya, jarang sekali Daniel merasa hidup dalam keadaan susah. Mempunyai ibu bapa yang sentiasa mengambil berat tentang anak anak mereka, Daniel boleh dikatakan cukup bahagia.

Pekerjaan Daniel yang sentiasa memerlukannya outstation di sekitar Semenanjung Malaysia sedikit sebanyak telah mengajar beliau tentang erti kehidupan sebenar……

Satu pagi Daniel menerima arahan dari boss beliau ‘ Daniel, saya mahu kamu ke Kampung Mat Kilau. Kita ada kerja di sana ‘. Seperti biasa Daniel yang sentiasa bersiap sedia terima dengan hati gembira, ‘ Yes, boleh outstation. gaji besar aku bulan ni ‘ kata Daniel di dalam hati.

Daniel tiba di Kampung Mat Kilau dengan begitu semangat. Keindahan kampung tersebut membuat Daniel kagum. Di sana, Daniel tidak di beri kemudahan pengangkutan. Tempat tinggal Daniel pula jauh di dalam kampung. Sukar jika mahu ke mana-mana. 

Selepas beberapa hari di sana, hati Daniel mula memberontak. Ada sahaja yang tidak kena. Kadang-kadang beliau terpaksa berlapar. Seharian berada di rumah kerana sukar untuk bergerak. Daniel yang selama ini gembira dengan kerja mula merasakan kerjanya itu sebagai satu beban. 

Susahnya takde kereta ni, susahlah nak cari makan’

‘ Jauhnya kedai makan, penatlah aku nak jalan pergi beli’

‘ Kejam betul boss aku, asal die tak provide kemudahan untuk aku. hish’

Susahnya hidup ni….’

Pelbagai omelan, complaint di keluarkan oleh Daniel. Semuanya serba tak kena. Hampir tiap-tiap hari.

Tapi suatu hari……

Daniel menguatkan semangat untuk berjalan kaki sekitar kampung mencari kedai. Dalam perjalanan beliau dapat melihat kehidupan orang kampung di situ. Ada yang terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja yang jauh. Ada yang terpaksa memikul beban yang berat. Ada yang sedang membaiki rumah mereka yang serba kekurangan.

Di situ terdetiklah di hati Daniel….

‘ ya Allah, keadaan mereka lebih susah dari aku. Tapi aku masih complaint macam-macam’

 Walaupun memikul beban yang berat, mereka masih mampu tersenyum. Tidak langsung mengeluh’

‘ Mereka ni walaupun hidup serba kekurangan, masih boleh senyum riang’

Mulai dari hari itu, Daniel mula sedar bahawa dirinya sendiri yang membiarkan dia berasa susah. Keluhan yang dikeluarkan Daniel tiap-tiap hari itu yang membuatkan hatinya tidak senang.

Kini Daniel sedar, ada lagi orang yang lebih susah dari dirinya. Daniel juga sedar, jika seseorang itu terima seadanya dan sentiasa SYUKUR dengan apa yang ada, mereka tidak akan rasa susah.

Kini Daniel belajar bahawa kita hidup di dunia yang sementara ini perlulah sentiasa bersyukur. Dengan kuasa Allah, bila-bila saja Dia boleh tarik balik rezeki yang Dia telah bagi pada kita. Daniel mula sedar ini semua ujian dari Allah yang mahu kita manusia sentiasa bersyukur.

‘ Ya Allah, ampuni lah kami. Jauhilah kami dari sifat tidak bersyukur. Sesungguhnya Engkau lah Pemberi Nikmat, Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang’

Amin.

 

 

You are Who you Are

These days towards the end of the year 2011, the most discussed issue, the most concerned situation, I would say is our beloved country POLITICS matter. Looking at the whole picture, who knows what will happen in the near future. Those with power will delicately protect their place and those without will surprisingly fight, for them they fight for what are they entitled to, fight for their right.

If you observe, if you read, if you think, if you discuss, if you judge… who do you think are right one, which people are the one that actually wrong?? This side or that side. All that we are fighting for regardless of any demands, let first think, look around, think again… for what, for who do we march on energetically.. for who, for what that we defend till blood.

FOR OUR OWN BENEFIT??? FOR EVERYONE???

Personally, I can see majority people are fighting for their own benefits. If people are fighting for the sake of everyone, to make a better living for everyone. How peace can the world be. But then again, we can never be perfect but remember we still can improve.

They say ‘Ambil yang bersih, buang yang keruh’.

If we are able for further improvement, why don’t we try. For the sake of better living for everyone.

‘You are who you are, You choose who you want to be’

… but make sure you choose the right one.

Wallahualam

The END.

4 Perkara Sebelum Tidur

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Quran,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

Bertanya Aisyah : Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?? Rasul tersenyum dan bersabda : Jika engkau hendak tidur bacalah,

1) Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.

2) Membaca selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

4) Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

Petua 8P

To those who are married or who are going to, here some tips to strengthen the bond between wife and husband. =P

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh  mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

 

Oil & Gas Exhibition

Just would like to share an information about OGA. This would benefit to those who are into the oil & gas industry.

Asia Biggest Oil and Gas Show

OGA, Asia’s biggest oil and gas event will return for another record breaking edition from 1-3 June 2011.

OGA 2011 will provide an unrivalled opportunity for the global oil and gas community to converge in Kuala Lumpur for 3 days to exchange ideas, network and discuss business opportunities.

With the 2009 event attracting 1,337 exhibitors from 49 countries and 21, 787 visitors from 57 countries, OGA represents the most international platform in the region for companies looking to do business in this dynamic industry sector. National Governments also recognise the importance of OGA as a business platform and in 2009 we enjoyed hosting pavilions from Australia, Austria, Belgium, Denmark, Germany, Italy, Norway, The Netherlands, United Kingdom and United States of America.

For more info, visit their website at http://www.oilandgas-asia.com/welcome.asp

See you guys there!


liku-liku kehidupan 1

12102010

2-3 hari lepas. tgh maen fb, usha status rakan2 dekat newsfeed.. tba2 tertarik dengan satu status ni (saudari nadiah):

‘Mencari kesalahan orang itu mudah, semudah melupakan kesalahan sendiri. Saling terluka dan melukakan itu resam, mewarnai sebuah kehidupan berukhwah…’

seperti yg pernah terngiang di akal di mana kita ni mmg senang sgt tgk keburukan org berbanding keburukan kita sendiri. kita cepat menilai org laen lebih dari diri kita sendiri. kadang terasa pedas but its the truth. but still, benda2 mcm ni kadang2 mencorak kehidupan (hidup ni xkan slalu indah).

kemudian, komen saudara faisal (cha) juga menarik:

‘tapi hati2 jgn smpi kita adakan pseudo-ukhuwah, persaudaraan atau mesra y hanya meminjam keluasan Islam utk berkhidmat kpd kesempitan agenda sesetengah kumpulan..itu ralat

cuba kita baca blk status dan komen di atas 2-3 kali dan cuba relatekan dgn konteks kehidupan kita seharian. mana la tau kita akan jumpa sumthing yg selama ni kita x pernah sedar.

p/s: penulis bukan seorg ‘pentafsir’ yg bijak. cuma tertarik dgn tulisan2 tersebut. mungkin cara kita hurai berbeza tp harap memberi manfaat.

Food for our faith 2

Daripada Abu Hurairah RadiAllahuanhu telah berkata; Telah bersabda Rasulullah SAW:

‘Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan antara dua org adalah sedekah. Engkau membantu seseorg menaiki tunggangannya atau mengangkat barang-barang ke atas tunggangan adalah sedekah. Kata-kata manis juga sedekah. Setiap langkah engkau melangkah ke tempat-tempat sembahyang juga adalah sedekah dan engkau menjauhkan bahaya dari lalu lintas org ramai juga merupakan sedekah.’

Riwayat Bukhari dan Muslim