Syukur itu Nikmat

Daniel, berusia awal 20 an datang dari keluarga sederhana, tidak terlalu mewah namun tidak juga terlalu susah. Hidup Daniel boleh dikatakan sempurna, cukup pakaian, cukup makan minum dan tempat tidur. Selama hidupnya, jarang sekali Daniel merasa hidup dalam keadaan susah. Mempunyai ibu bapa yang sentiasa mengambil berat tentang anak anak mereka, Daniel boleh dikatakan cukup bahagia.

Pekerjaan Daniel yang sentiasa memerlukannya outstation di sekitar Semenanjung Malaysia sedikit sebanyak telah mengajar beliau tentang erti kehidupan sebenar……

Satu pagi Daniel menerima arahan dari boss beliau ‘ Daniel, saya mahu kamu ke Kampung Mat Kilau. Kita ada kerja di sana ‘. Seperti biasa Daniel yang sentiasa bersiap sedia terima dengan hati gembira, ‘ Yes, boleh outstation. gaji besar aku bulan ni ‘ kata Daniel di dalam hati.

Daniel tiba di Kampung Mat Kilau dengan begitu semangat. Keindahan kampung tersebut membuat Daniel kagum. Di sana, Daniel tidak di beri kemudahan pengangkutan. Tempat tinggal Daniel pula jauh di dalam kampung. Sukar jika mahu ke mana-mana. 

Selepas beberapa hari di sana, hati Daniel mula memberontak. Ada sahaja yang tidak kena. Kadang-kadang beliau terpaksa berlapar. Seharian berada di rumah kerana sukar untuk bergerak. Daniel yang selama ini gembira dengan kerja mula merasakan kerjanya itu sebagai satu beban. 

Susahnya takde kereta ni, susahlah nak cari makan’

‘ Jauhnya kedai makan, penatlah aku nak jalan pergi beli’

‘ Kejam betul boss aku, asal die tak provide kemudahan untuk aku. hish’

Susahnya hidup ni….’

Pelbagai omelan, complaint di keluarkan oleh Daniel. Semuanya serba tak kena. Hampir tiap-tiap hari.

Tapi suatu hari……

Daniel menguatkan semangat untuk berjalan kaki sekitar kampung mencari kedai. Dalam perjalanan beliau dapat melihat kehidupan orang kampung di situ. Ada yang terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja yang jauh. Ada yang terpaksa memikul beban yang berat. Ada yang sedang membaiki rumah mereka yang serba kekurangan.

Di situ terdetiklah di hati Daniel….

‘ ya Allah, keadaan mereka lebih susah dari aku. Tapi aku masih complaint macam-macam’

 Walaupun memikul beban yang berat, mereka masih mampu tersenyum. Tidak langsung mengeluh’

‘ Mereka ni walaupun hidup serba kekurangan, masih boleh senyum riang’

Mulai dari hari itu, Daniel mula sedar bahawa dirinya sendiri yang membiarkan dia berasa susah. Keluhan yang dikeluarkan Daniel tiap-tiap hari itu yang membuatkan hatinya tidak senang.

Kini Daniel sedar, ada lagi orang yang lebih susah dari dirinya. Daniel juga sedar, jika seseorang itu terima seadanya dan sentiasa SYUKUR dengan apa yang ada, mereka tidak akan rasa susah.

Kini Daniel belajar bahawa kita hidup di dunia yang sementara ini perlulah sentiasa bersyukur. Dengan kuasa Allah, bila-bila saja Dia boleh tarik balik rezeki yang Dia telah bagi pada kita. Daniel mula sedar ini semua ujian dari Allah yang mahu kita manusia sentiasa bersyukur.

‘ Ya Allah, ampuni lah kami. Jauhilah kami dari sifat tidak bersyukur. Sesungguhnya Engkau lah Pemberi Nikmat, Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang’

Amin.

 

 

2 thoughts on “Syukur itu Nikmat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s