4 Perkara Sebelum Tidur

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Quran,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

Bertanya Aisyah : Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?? Rasul tersenyum dan bersabda : Jika engkau hendak tidur bacalah,

1) Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.

2) Membaca selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

4) Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

Advertisements

Kisah Kain Sulam Ribbon

Skang ni mesti musim kawan2, kakak2, teman pejabat, jiran sebelah rumah buat kenduri kawen kan. anak kawen, kakak kawen, suami kawen lagi… eh, opppsss. sorry! :P So, yang kita ni kaum perempuan mesti nak melaram kan. mane la tau terjumpa jodoh. Jadi, ape lagi kene la cari KAIN kan…..

Pastu, takkan nak pergi kenduri pakai baju slalu pakai kan. mesti nak lain dari yg lain… baru MENYERLAH. hehe. satu lagi, bagi mengelakkan dari situasi ‘eh, asal baju die same mcm baju kamu ni’… xpon ‘eh, nape baju deme same je dgn baju awok pakai ni…. kite bako kite bako’. LOL. So, admin mencadangkan beberapa jenis kain yg lain daripada yg lain dgn harga BERPATUTAN. haaaaaa… kain ape, KAIN SULAM RIBBON.

Kain Sulam Ribbon puan-puan cantikkkkkkk…. haaaaa. :P ade BUNGA2 timbul2 siap.. diserikan dengan manik2 lagi. xcayeee???? tgk gmbr bawah ni….

haaaa. cantikkan???!! kan kan kan…..

Apa tunggu lagi.. ada pilihan kain utk KURUNG dan KEBAYA. layari http://diamarty.blogspot.com/ utk byk lagi pilihan kaler. ade merah, ade hijau daannnn banyaakkkk laggiiiii, cepat amek jgn x amek!! Semoga cantik di majlis2 ya! ;)

Petua 8P

To those who are married or who are going to, here some tips to strengthen the bond between wife and husband. =P

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapanĀ terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari keranaĀ pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh Ā mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas,Ā menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan danĀ keseronokan dunia.